Bismillahirrohmanirrohim...
Alhamdulilah segala puji-pujian hanya lah untuk Allah..
Syukur..
Syukur.. Syukur.. Kehadrat ilahi.. In Shaa Allah, dengan izinNya.. lagi
1 hari sahaja kita akan menemui bulan ramadhan.. Adakah kita dah
bersedia dengan segala-gala amalan sunat yang kita akan buat nanti ?
Amalan – amalan yang akan mendekatkan kita dengan Allah S.W.T..
Mengutamakan Allah di dalam hati kita.
Mari kita muhasabah diri,
dan ingatkan diri kita tentang amalan-amalan sunat ketika ramadhan
nanti.. Bulan puasa ini bulan kita berpesta dengan ibadah.
Muhasabah
diri, cukuplah kita merugikan diri kita dengan mensia-siakan Ramadhan
tahun-tahun yang sudah. Cukup-cukuplah kita terlepas peluang untuk
menambah amalan & memperbaiki iman & kecintaan kita kepada
Allah. “Hidup
yang sebenarnya ialah hidupnya hati dengan iman. Berapa ramai orang
yang nampak pada zahirnya hidup, hakikatnya mati. Dan berapa ramai pula
orang yang zahirnya mati, akan tetapi mereka pada hakikatnya masih
hidup” (Syeikh Mustafa Masyur)
Marilah kita manfaatkan
kehidupan didunia dengan menghidupkan iman di dalam hati. Hidup dengan
mengikut ajaran & syariat yang telah ditetapkan oleh Allah
subhanallahu wa ta’ala. Hidup dengan menyuburkan sunnah Rasullah
sallallahu ‘alaihi wasallam. Alangkah indahnya hidup dala pandangan
kasih saying Allah dan Rasullah.
In
Shaa Allah, ada sedikit perkongsian tentang amalan sunat mengikut
sunnah yang diambil daripada bingkisan Dr Abdul Basit Abd Rahman di
dalam majalah Al-ustaz.
Marilah kita bersama-sama mengambil pengajaran & mempraktikkan...
AMALAN SUNAT MENGHIDUPKAN RAMADHAN MENGIKUT SUNNAH
1. Membaca Al-Quran
Abu
hurairah meriwayatkan bahawa Jibrail alahi salam membacakan Al-Quran
untuk baginda pada setiap tahun (pada bulan ramadhan) sebanyak sekali.
Namun, pada tahun kewafatan baginda, dia membacanya sebanyak 2 kali. [
HR al-Bukhari & Muslim]
2. Qiamulail
Pada Ramadhan, jika kita akan melaksanakan 2 jihad diri :
a. Jihad di siang hari dengan berpuasa
b. Jihad di malam hari dengan qiamulail.
Sesiapa
yang Berjaya melakukan 2 jihad ini dengan sebaik-baiknya, baginya
ganjaran yang amat besar. Rasullah bersabda yang bermaksud : “Sesiapa
yang bangun (solat) pada bulan ramadhan dengan penuh keimanan &
pengharapan maka diampunkan baginya dosa-dosa yang lepas.” [HR
al-Bukhari & Muslim] Qiamulail
merupakan rutin harian Nabi & para sahabat. Aisyah radiallahu anhu
pernah berkata : “ Jangan kamu tinggalkan qiamulail. Rasullah sallallahu
‘alaihi wasallam tidak pernah meninggalkannya. Jika baginda merasa
kepenatan baginda akan solat sambil duduk [HR Abu Daud]
3. Bersedekah
Ibnu
Abbas radiallahu anha berkata : Rasullah sallallahu ‘alaihi wasallam
ialah seorang yang pemurah. Baginda akan menjadi lebih pemurah pada
bulan ramadhan. Pemurahnya baginda dala kebaikan lebih daripada angin
yang kencang. “ [HR al-Bukhari]
4. Menjaga lidah
Sabda
Rasullah sallallahu ‘alaihi wasallam yang bermaksud : “Sesiapa yang
tidak meninggalkan percakapan dusta & terus mengamalkannya, maka
Allah tidak berhajat pada usahanya yang tidak makan & minum (puasa).
“[HR al-Bukhari]
5. Perbanyakkan doa, zikir & istigfar
Setiap
saat pada bulan ramadhan adalah mulia. Justeru ambillah kesempatan ini
dengan memperbanyakkan zikir & doa khususnya pada waktu-waktu yang
mustajab seperti :
a.
Ketika hamper waktu berbuka puasa Nabi menyebut : 3 doa yang tidak
tertolak antaranya ialah doa orang yang sedang berpuasa sehingga dia
berbuka. [HR al-Tirmidzi]
b. Pada sepertiga alam ketika Allah
menyeru “Adakah orang yang berdoa, maka Aku akan perkenankan. Adakah
orang yang memohon keampunan, maka Aku akan Ampunkannya. “[HR Al-bukhari
Muslim]
6. Memberi makan kepada orang berpuasa
Rasullah
sallallahu ‘alaihi waasalam bersabda yang bermaksud : Sesiapa yang
menyediakan juadah berbuka untuk orang yang berpuasa, baginya seperti
pahala orang yang berpuasa sepertimana orang yang berpuasa & tidak
dikurangkan sedikit pun pahalanya. “[HR al-Tirmidzi]
7. Umrah pada bulan ramadhan
Sabda Rasullah sallallahu ‘alahi wasallam yang bermaksud ; “ 1 umrah pada bulan Ramadhan ganjarannya menyamai 1 haji.”
8. Beriktikaf
Khususnya pada 10 malam terakhir.
No comments:
Post a Comment